Friday, July 17, 2009

Cinta

Sekiranya,kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita.
Tetapi sekiranya,kita cinta kepada Alllah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya, kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada,
orang yang kita cintai.
Tetapi sekiranya,kita mencintai Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah, andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka, campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Kau berikan kepadaku.


p/s: sajak ini adalah dari Aminah Qutb, adik kepada tokoh terkenal Syed Qutb

No comments:

Post a Comment