Thursday, November 04, 2010

Petikan Buku Psikologi Cinta

Dipetik daripada buku “PSIKOLOGI CINTA” terbitan PTS Millennia Sdn BhD



Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”



ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.

Cinta Sebelum Kahwin


Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:


1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.


2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.


3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.


4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.


5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.


Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.



Cinta Selepas Bertunang


Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.



Cinta Selepas Kahwin


Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:


1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.


2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.


3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Seharusnya Cinta…


Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.


Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.


Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.


Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.


Tuesday, September 21, 2010

Doa Jika Aku Cinta

Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu, Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati, Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati, Jagalah hatiku padanya, Agar tidak berpaling daripada hatiMu…

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang, Yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu, Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya, Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu, Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh, Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah, Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, Jangan biarkan aku melampaui batas, Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

Amin ya rabbal alamin…

Definasi Cinta

1. Cinta itu KOMITMEN.
Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.
Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah

2. Cinta itu intuitive: NALURI.
Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, “cinta itu di hati”. Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.
Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH
Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.

4. Cinta sering terletak di puncak: TOP
Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.

5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.
Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.
Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Kata Abang Ed, bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya…..

Monday, March 08, 2010

Sebab-sebab Curang

Sakitnya hati!

Orang yg kita cintai telah berlaku curang dalam diam. Paling teruk, ada yg melakukannya terang-terangan di depan mata! Sebenarnya, sebelum kita saling tuduh-menuduh pasangan lebih baik kita memahami sebab-sebab kecurangan pasangan. Kemudian selidik samada faktor tersebut yg telah membuat si dia menjauhkan diri dari anda!


Hidup Terkongkong

Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yg diingini dihimpit ketika berpasangan dengan anda. Sikit2 anda menelefonnya seolah2 tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada anda bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan memberi pelajaran berguna kepada anda! Dia memulainya dengan rajin berbohong.


Rasa Marah

Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan. Anda mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati anda. Anda juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dgn tidak mahu meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan kemarahannya dgn melakukan perkara2 yg tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.


Rasa Rendah Diri

Dia sayangkan anda tetapi jauh di sudut hatinya berasa rendah diri pada diri sendiri. Anda mungkin terlalu cantik, lebih pandai, lebih kaya dan berharta, lebih tinggi taraf pendidikan dan lebih berjaya dalam karier berbanding dirinya. Dia berasa tersisih apabila anda membawanya di majlis2 sosial yg dilingkungi orang2 yg berjaya atau memberitahu anda dinaikkan pangkat. Dia malu utk memberi pendapat kerana berasakan anda lebih pandai. Dia cintakan anda tapi pada waktu yg sama tidak percayakan anda. Dia mungkin beranggapan anda hanya ingin mempermain-mainkannya dan akan meninggalkannya di waktu anda berjumpa dengan org yg setaraf dengan anda. Oleh itu, dia mengambil langkah terburu2 dengan menerima cinta orang lain yg lebih menyanjungi dirinya berbanding anda!


Sering Berjauhan

Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta!


Ketidakpuasan dalam Kasih Sayang

Si dia mungkin merasakan anda tidak memberi perhatian dan kasih sayang yg secukupnya. Anda sibuk ke sana sini dan kerjaya anda membuat anda tidak ada cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan. Oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta anda dengan keluar dengan orang lain yg lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya.


Komunikasi Yang Hambar

Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin anda terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi menjadi cacat. Selain itu, mungkin anda berdua kurang berkomunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita masalah atau peristiwa dan mengucap kata-kata cinta. Bila bertemu, anda dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk dibincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yg dapat mengisi kekosongan ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan pendapat.


Landasan Hubungan Yang Rapuh

Dulu dia bercinta dengan anda atas landasan yg tidak kukuh seperti dicabar teman2 atau dipaksa keluarga. Mungkin juga dia dulu beranggapan hendak main2 atau cuba2 saja dengan anda. Tak sangka pulak anda terus melekat! Mungkin juga kerana wajah anda yg cantik membuat dia rasa ingin bercinta dengan anda dahulu. Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul2 cinta dengan anda, sebaliknya terpaksa berpura2. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yg benar2 membuat dia jatuh cinta!


Merasa Tidak Dihargai

Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin anda sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan kata2 yg tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaanyaterhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka. Ego yang terluka mengakibatkan kesan yg buruk. Biasanya dia akan "membalas" dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang di belakang anda! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iatu perasaan yg tidak dapat dirasakan bila bersama anda.


Mahu Lebih Bahagia

Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi dia akan mencari pengganti lain untuk mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang-kadang tidak jelas.


Sikap Yg Mengada-ngada

Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu. Kadang-kadang si dia tidak mampu untuk memberikan sesuatu yg anda minta. Malah kadang2 hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk anda! Malah anda terus mendesak2 seolah2 dia anak jutawan. Anda juga terlalu manja dan tak pandai berdikari. Asyik bergantung kepadanya sehingga pergi kerja pun perlu dijemput dan dihantar. Lainlah kalau anda sudah menjadi suami isteri. Si Dia mungkin muak dengan sikap anda dan mencari pengganti yg lebih mengerti.


Hubungan Terlalu Rutin

Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yg akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya, malam minggu pasti anda akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik2 restoran yg sama. Anda tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat menarik, dan sebagainya. Kadang-kadang aktiviti seperti melawat Zoo , Pameran dan Muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan.


Sikap Playboy!

si dia memang patut anda jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jgn menyesal jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi anda sebelum anda lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada anda.


Ada Orang Tidak Puas Hati

Si Dia setia dengan anda dan anda juga begitu. Tapi tanpa sedar, ada pihak tertentu yg begitu cemburu atau tidak puas hati dengan perhubungan anda. Mereka akan membuat cerita, memfitnah dan melaga- lagakan anda. Si Dia mungkin terpengaruh dan akhirnya melepaskan geram dengan kecurangan!

Monday, January 11, 2010

penyu cepat dilaut lambat didarat


kehidupan adalah seperti dalam laut...